Kod QR

Sila imbas kod QR untuk

capaian mobile web kami

Kalendar Aktiviti

<<November, 2018>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 


Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2018
16 - 18 Nov 2018

 

NO.

CASE-ID

PERTANYAAN/ ADUAN/CADANGAN

RESPON KAMI

1.

20170315-001

Untuk jadikan anak angkat, apakah prosedur dan syarat kelayakan untuk mengambil anak angkat?

Selamat petang tuan/puan,
Prosedur dan syarat kelayakan untuk mengambil anak angkat ialah :-
Tertaluk kepada Adoption Ordinance, sesiapa sahaja boleh mengangkat anak dengan syarat:

1) Ibubapa angkat adalah sihat dan siuman untuk menjaga seseorang anak angkat,.
2) Ibubapa angkat mempunyai keupayaan yang munasabah untuk menyara anak angkat mengikut status sosial sehingga anak berkenaan mencapai usia 18 tahun.

3) Ibubapa angkat telah berkahwin secara sah.
4) Ibubapa angkat mesti berumur lebih daripada 21 tahun dan sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua daripada anak angkat.
5) Anak yang diangkat mestilah seorang yang belum dewasa, iaitu berusia di bawah 18 tahun

2.


2018-07-12-1-13

 

Adakah klinik pergigian kerajaan di sibu untuk masyarakat awam? Setahu saya semua pergigian di pasar sibu dimiliki swasta dimana harga yg dikenakan tidak dapat di biayai oleh sesetengah orang awam, jika ada klinik pergigian kerajaan sila promosikan untuk pengetahuan awam, sebab saya tak tahu ada kerajaan menyediakan atau tak, gigi saya sakit.

Selamat Petang Mr.Hii
Berkenaan dengan klinik pergigian kerajaan yang mampu dibiayai oleh rakyat yang tidak berkemampuan.
Terdapat dua poliklinik kerajaan iaitu Poliklinik Jalan Oya dan Poliklinik Lanang yang menawarkan perkhidmatan pergigian pada harga RM1.00.
Mr.Hii boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut pada harga yang lebih murah berbanding klinik pergigian swasta.
Untuk mempromosikan klinik tersebut bukan lah tertakluk kepada kami tetapi kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.


Sejarah Selangau

Berdasarkan cerita  daripada  penduduk  tempatan , Pekan Selangau mendapat namanya daripada Sungai Selangau yang merupakan salah satu daripada anak sungai Batang Mukah.

Penempatan awal penduduk di Pekan Selangau adalah terletak di kuala Sungai Selangau (iaitu berhampiran dengan SK Nanga Selangau). Pada masa tersebut, hanya terdapat 4 buah kedai yang dimiliki oleh kaum Cina dan Iban yang menjual pelbagai barangan keperluan harian kepada para penduduk yang tinggal di situ. Dipercayai bahawa mendiang Cr. Aleh.Ak. Juing, mendiang Encik Kee Siew Muang, mendiang Encik Buhui dan mendiang Encik Ayong merupakan peniaga pertama yang membuka perniagaan kedai runcit di Selangau pada masa tersebut....

Berdasarkan cerita daripada penduduk tempatan, Pekan Selangau mendapat namanya daripada Sungai Selangau yang merupakan salah satu daripada anak sungai Batang Mukah.

Penempatan awal penduduk di Pekan Selangau adalah terletak di kuala Sungai Selangau (iaitu berhampiran dengan SK Nanga Selangau). Pada masa tersebut, hanya terdapat 4 buah kedai yang dimiliki oleh kaum Cina dan Iban yang menjual pelbagai barangan keperluan harian kepada para penduduk yang tinggal di situ.Dipercayai bahawa mendiang Cr. Aleh Ak. Juing, Mendiang Encik Kee Siew Muang, Encik Buhui dan Mendiang Encik Ayong merupakan peniaga pertama yang membuka perniagaan kedai runcit di Selangau pada masa tersebut.

Pada asalnya, kawasan ini dihuni oleh kaum Beketan yang kemudiannya berpindah ke Ulu Tatau setelah kedatangan kaum Iban dari kawasan Kanowit dan Sg. Lemanak.Pada sekitar tahun 1930an atau 1940an yang kemudiannya berpindah dan membina penempatan di kuala Sungai Selangau. Kemudian, pada sekitar tahun 1960an, iaitu setelah siapnya pembinaan Lebuhraya Borneo (Jalan Sibu/Bintulu), para penduduknya mulai berpindah dan membina penempatan berdekatan dengan lebuhraya tersebut.

Bermula daripada sebuah perkampungan kecil yang terpencil dan digelar sebagai “cowboy town' oleh penduduk – penduduk tempatan, Selangau yang pada masa itu diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Mukah telah mulai berkembang maju menjadi sebuah pekan. Kedatangan para peniaga dari sekitar kawasan Kuala Kenyana, Balingian, Bintangor, Sibu dan Sarikei yang membuka premis perniagaan di Pekan Selangau telah merancakkan lagi aktiviti perdagangan dan seterusnya meningkatkan populasi penduduk di sekitar Selangau.

Pada sekitar tahun 1970an, seorang Wakil Ulu Sungai (URA) telah ditempatkan di Pekan Selangau yang bertanggungjawab untuk mentadbir kawasan Selangau dan menjadi penghubung atau perantara di antara pihak kerajaan dengan para penduduk kampung.

Kedudukan Pekan Selangau yang strategik iaitu terletak di tepi jalan Lebuhraya Borneo (Jalan Sibu/Bintulu) telah menjadikan Pekan Selangau sesuai sebagai sebuah tempat persinggahan untuk beristirehat dan menjamu selera khususnya kepada para pengguna jalan raya yang menggunakan Lebuhraya Borneo ini.

Akibat daripada pembangunannya yang semakin pesat ditambah pula dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah dari tahun ke tahun, maka pada 1 Mac 2002, Selangau telah diisytiharkan sebagai sebuah daerah baru dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.



Daerah ini terletak di Bahagian Sibu, Sarawak. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Selangau iaitu kira-kira 80 km dari bandar Sibu.